MONTAGE JUTAWAN SHAKLEE

30 Jul 2013

Cara penghasilan susu ibu yang mencukupi untuk IBU BEKERJAYA

Masa yang sesuai untuk memerah susu 



  • Berlatihlah memerah susu dengan tangan atau pam satu atau dua minggu sebelum mula bekerja .Anda boleh melakukannya pada bila-bila saja.
  • Selepas menyusu, parah susu yang selebihnya dan simpan dalam bekas atau botol yang bersih. Anda boleh juga memerah dan menyimpan susu setiap kali selepas menyusu jika buah dada anda terasa berat dan penuh atau jika susu meleleh kelctar.
  • Melalui latihan, anda dapat menentukan berapa banyak susu yang perlu ditinggalkan kelak.Adalah penting untuk anda memerah buah dada di tempat kerja setiap 3 - 4 jam.
  • Susu yang diperah bolah disimpan dan dibawa pulang sebagai bekalan susu untuk bayi keesokan harinya.
  • susui bayi sejurus sebelum pergi kerja dan sebaik sahaja balik dari kerja. 
  • Beri penyusuan susu ibu di payudara sepanjang masa semasa ibu berada di rumah dan pada hari cuti. 
  • Jika mampu, gunakan pam berkembar (double pump). Ia dapat menjimatkan masa mengepam dan meningkatkan penghasilan susu. Kajian menunjukkan “double pumping” meningkatkan penghasilan prolaktin. 
  • Lebihkan kekerapan memerah susu di tempat kerja, sekurang-kurangnya 2-3 kali
  • Tenangkan fikiran.semasa bayi sedang menyusu, perah payudara yang sebelah lagi . pendekatan ini lebih berkesan bagi bayi yang berumur kurang daripada enam bulan.
  • Tidur bersama bayi pada waktu malam dan jangan abaikan penyusuan malam kerana ia dapat meningkatkan penghasilan susu.
Selepas berlatih selama dua minggu, anda mungkin dapati anda dapat memerah sebanyak empat botol susu sehari dengan 70 - 90ml sebotol.

Thanks For Reading



♥ TERIMA KASIH ♥

No comments :

© D'diamondvitshop | Template Designed By MH