MONTAGE JUTAWAN SHAKLEE

13 Aug 2014

TERAPI STRESS & KANSER


Stres dan anxiety sekiranya tubuh seseorang itu sihat dan mempunyai sistem daya pertahanan diri (immune system) yang kuat dengan sendirinya sel kanser yang abnormal dan membiak itu, akan dimatikan oleh antibodi sistem pertahanan dalam tubuh seseorang. 



Ini akan berlaku tanpa kita sedari.  


Kanser akan terjadi apabila sistem pertahanan seseorang lemah dan gagal mengawal pembiakan sel kanser dalam tubuh.


Sistem pertahanan diri akan menjadi lemah jika kita tidak menjaga kesihatan dengan baik. Untuk menjadikan tubuh badan sihat, kita mesti melakukan gaya hidup sihat seperti:
  • Makan makanan seimbang
  • Cukup rehat dan cukup tidur
  • Selalu melakukan aktiviti senaman
  • Hidup dalam persekitaran udara bersih dan segar
  • Tidak terdedah kepada bahan kimia yang mengakibatkan kanser
  • Tidak merokok
  • Tidak minum alkohol
  • Kurangkan stres
Yang paling penting kita sebagai umat Islam melakukan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah pinta. Perbanyakkan solat dan selalu berzikir mengingati Allah. Semua ini ada ditulis di dalam al-Quran dan hadis. 

Jika kita lakukan apa yang Allah suruh, Insya-Allah tubuh badan kita akan sihat dan stres boleh dikawal dan sistem imun kita jadi kuat. Insya-Allah kita boleh mencegah diri kita daripada kanser.


Stres dan anxiety adalah salah satu penyebab kanser. Stres adalah tekanan emosi apabila kita di dalam keadaan tertekan dari segi emosi, mental atau fizikal. Dalam hidup, kita tidak boleh lari daripada stres. Kita dikelilingi pelbagai jenis stres seperti kerja, keluarga, persekitaran, kesesakan jalan-raya, anak-anak akan mengambil peperiksaan, suami curang dan sebagainya.

Anxiety pula ialah perasaan bimbang, runsing, risau, takut dan memikirkan perkara-perkara negatif. Jadi stres dan anxiety yang berterusan boleh mendorong kepada seseorang itu untuk senang untuk mendapat penyakit kanser.

Bila kita stres atau mempunyai anxiety yang tinggi, metabolism kita akan dengan sendirinya meningkat dan degupan jantung akan menjadi lebih laju daripada biasa. Bila ini berlaku, dengan sendirinya tubuh akan mengeluarkan lebih banyak karbon dioksida dalam darah. 

Karbon dioksida adalah berasid dan ini akan membuat tubuh kita lebih berasid. Sel kanser akan cepat membiak dalam persekitaran tubuh berasid.


Apa yang mustahak ialah kita mesti tahu bagaimana untuk mengawal dan mengurus stres. Banyak kaedah moden yang kita tahu untuk mengawal stres tapi kaedah dalam Islam sungguh mudah. Lakukan solat, berzikir, baca al-Quran dan berdoa pada Allah. Insya-Allah ini adalah terapi mengawal stres paling berkesan.

http://utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130707/kn_05/Stres-dan-kanser#ixzz2ZWHnHFs9

Setiap penyakit ada ubat dan caranya. 


Sekiranya anda ingin dapatkan supplement untuk mengatasi masalah kanser, cubalah VIVIX  

Thanks For Reading






Fazidawani Bt Ari
012-3613615
SID 880334
ddiamondvitshop@gmail.com
♥ TERIMA KASIH ♥

2 comments :

Girang Daniel Batisah said...

Datang dari Promote Blogger #Part4 ^^
http://www.dayangdeno.com/2014/08/promote-bloggers-part4.html

Btw, jom join segmen ni,

http://girangdottaeminmuch.blogspot.com/2014/08/segmen-rehat-sambil-blogwalking.html

Iola said...

singgah sini dari segmen promote bloggers - dayang deno :D
http://iolacaviarofficial.blogspot.com/

© D'diamondvitshop | Template Designed By MH